Tuesday 6 November 2012


SOLAT

Pengertian Solat :

Solat ialah perbuatan dan perkataan yang dimulai dengam takbiratul ihram dan disudahi dengan salam

Dalil diwajibkan solat :





A103
(Surah An-Nisa:103)

Maksudnya :  Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Hukum Solat : Hukum solat adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang telah sampai umur (baligh) dan cukup syarat-syaratnya.

Syarat-syarat wajib solat :

1. Beragama Islam
2. Baligh
3. Berakal ( tidak wajib ke atas orang gila )
4. Suci daripada haid dan nifas.
5. Sampai seruan agama Islam

Syarat-syarat Sah Solat : 

Syarat-syarat sah solat adalah syarat yang menentukan sahnya sesuatu solat ataupun tidak.

1. Suci daripada hadas kecil dan besar.
2. Suci tempat, pakaian, dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.
3. Yakin masuk waktu solat.
4. Menutup Aurat.
5. Mengadap ke arah kiblat.

 RUKUN SOLAT :  

Terdapat 13 rukun yang wajib dilakukan didalam Solat:   

1. Berdiri tegak 
2. Niat. 
3. Takbiratul ihram.( الله اكبر )

4. Membaca Al-Fatihah. 

Membaca Al-Fatihah adalah rukun pada setiap raka‘at:
  • Bacaan itu hendaklah sempurna dan didengari oleh diri sendiri.
  • Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.
  • Bacaan hendaklah dalam bahasa Arab.
5. Ruku‘,
Ruku' ialah tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk.

6. I‘tidal

I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri  beserta dengan tama’ninah.

7. Sujud . 

Sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang ke tempat sujud.
  
8. Duduk antara dua sujud. 

9. Tahiyyat Akhir 

Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat.

10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah seperti berikut:

11. Salawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Iaitu selawat selepas tasyahhud (tahiyyat akhir). Lafaz salawat hendaklah sekurang-kurangnya .

12. Salam 

Iaitu salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa duduk kali terakhir.

13. Tertib


PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA SOLAT

Sunat semasa solat terbahagi kepada dua :

1. Sunat Ab'ad
2. Sunat Hai,at

Sunat Ab'ad :

Sunat ab'ad ialah amalan sunat yang sang dituntut didalam solat.Jika ditinggalkan secara sengaja ataupun tidak,disunatkan untuk sujud sahwi.
1. Membaca tahiyat awal.
2. Duduk tahiyat awal.
3. Berselawat ke atas nabi muhammad dalam tahiyat awal.
4. Membaca doa qunut.
5. Berdiri semasa membaca doa qunut.
6. Berselawat ke atas nabi Muhammad dalam doa qunut.
7. Berselawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyat akhir.
8. Melupai bilangan rakaat solat.

Sunat Hai'at : 

Sunat Hai,at ialah amalan sunat di dalam solat, jika ditinggalkan secara sengaja atau tidak, tidak disunatkan untuk sujud sahwi.
  1. Mengangkat kedua tangan ketika takbiratul ihram, ruku', i'tidal, dan bangun selepas tahiyat awal.
  2. Meletakkan tangan kanan di atas bahagian belakang tangan kiri ketika berdiri.
  3. Membaca doa iftitah
  4. Membaca lafaz isti'azah ( ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢsebelum  membaca Al-Fatihah dan membaca "amin" selepas Al-Fatihah. 
  5. Membaca surah selepas Al-Fatihah pada rakaat pertama dan rakaat kedua.
  6. Menyaringkan bacaan Al-Fatihah dan surah dalam solat jumaat, subuh, i'syak, dan maghrib. pada rakaat pertama dan kedua.
  7. Membaca "sami'allahuliman hamidah" dan "rabbana walakalhamd"  ketika bangun dari ruku'. 
  8. Membaca Takbiratul Intiqalat "Allahu Akbar" mengiringi setiap pergerakan dalam solat.
  9. Memandang tempat sujud.
  10. Membaca tasbih tiga kali : ketika ruku'  سبحان ربي العظيم وبحمده   ) dan bacaan ketika sujud : ( سبحان ربي الأعلي وبحمده   ).
  11. Duduk Iftirash ketika duduk antara dua sujud dan duduk tahiyat awal.
  12. Membaca  " رَب اغفرلى ورحمنى وجبرنى ورفعنى ورزقنى وهدنى وعافنى وعف عنى " ketika duduk antara dua sujud.
  13. Duduk Tawarrauq pada tahiyat akhir.   
  14. Memberi salam yang kedua.
  15. Berpaling ke kanan dan ke kiri ketika memberi salam.                    


JOM TUNAIKAN SOLAT

Takbiratul Ihram (Rukun) - الله اكبر
 



Lelaki : Menngangkat kedua-dua tangan ke dada dan menyamakan ibu jari ke paras cuping telinga. Kedua-dua tapak tangan mengadap kiblat.

Perempuan : Mengangkat kedua-dua tangan ke dada dan menyamakan hujung jari ke paras dagu. Kedua-dua tapak tangan mengadap kiblat.

Membaca Doa Iftitah (Sunat) : 

                                                                     

Membaca Surah Al-Fatihah (rukun) : 



Ruku' (Rukun) :

Bacaan ketika Ruku' : 



1. Membongkokkan badan dengan menyamakan belakang dan tengkuk.
2. Kedua-dua tangan diletakkan di atas lutut dengan jari terbuka.
3. Mata memandang tempat sujud.

I'tidal (Rukun)

Bacaan Ketika I'tidal : 



1. Berdiri semula selepas ruku' sambil mengangkat kedua-dua tangan (takbir intiqalat)
2. Luruskan tangan ke bawah.


Sujud (Rukun)

Bacaan ketika sujud :



1. Sujud dengan 7 anggota sujud berada di atas tempat sujud, iaitu dahi termasuk hidung, dua telapak tangan, dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki.
2. Hujung jari kedua-dua kaki hendaklah dilipatkan semasa sujud.



Duduk Antara Dua Sujud 

 Bacaan ketika duduk antara dua sujud : 






1. Duduk dengan meletakkan punggung di atas kaki kiri dan menegakkan kaki kanan.
2. Kedua-dua tangan diletakkan di atas lutut.
3. Jari dirapatkan dan hujung jari menyamai paras lutut.


Duduk Tahiyat Awal

Bacaan ketika tahiyat awal :


Cara duduk tahiyat awal:
1. Duduk (iftirash) dengan meletakkan punggung di atas kaki kiri dan menegakkan telapak kaki kanan.
2. Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas lutut dengan jari dirapatkan dan hujung jari menyamai paras lutut.
3. Jari tangan kanan digenggam, kecuali jari telunjuk diluruskan.

Tahiyat Akhir

Bacaan Tahiyat Akhir :


Cara duduk tahiyat akhir :  
1. Duduk (tawarruq) dengan meletakkan punggung ke lantai dan menegakkan jari telapak kaki kanan serta kaki kiri dibawah kaki kanan.
2.Kedua-dua tangan diletakkan diatas lutut dengan jari dirapatkan dan hujung jari menyamai paras lutut.
3. Jari tangan kanan digenggam kucuali jari telunjuk diluruskan.



Demo Solat :

2 comments:

Unknown said...

sebagai panduan

Unknown said...

sama-sama kita manfaatkan